Wednesday, December 5, 2012

NOTA :PIAGAM MADINAH

TAJUK 1 : PIAGAM MADINAH

Piagam Madinah telah digubal oleh Nabi Muhammad s.a.w. pada tahun 622M bersamaan tahun pertama Hijrah, merupakan perlembagaan bertulis pertama di dunia.


Perangkaan Piagam Madinah

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah atau di kenali sebagai perlembagaan madani, beliau telah mengikut bimbingan wahyu dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.
LANGKAH 1
Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran Rasulullah.

[sunting]

LANGKAH 2
Mengikat tali persaudaraan antara kaum Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan pertolongan kaum Ansar.

[sunting]

LANGKAH 3
Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:
  • Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
  • Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa Madinah.
  • Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-masing.
  • Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
  • Keselamatan orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang tercatat dalam piagam tersebut,

iNDAHNYA SiRaH Rasulullah S.A.W

KEPADA anak murid ustazah  tahun 5 2012 yang dikasihi ...tahun depan  jadi murid tahun 6....Di harap blog ustazah ini dapat memberi persediaan untuk menghadapi pelajaran Pendidikan Islam tahun 6  bagi tahun 2013. So cepatlah korang pandai k.....

BIDANG ULUM SYARIAH BAGI TAHUN 6

 TAJUK SIRAHNYA TENTANG :

1)PIAGAM MADINAH

2)PERJANJIAN HUDAIBIAH

3)PEMBUKAAN KOTA MEKAH

4) PERKEMBANGAN ISLAM PADA ZAMAN RASULULLAH

5) HIJJATUL WIDAK ~ HAJI PERPISAHAN

6) KEWAFATAN RASULULLAH

Sesungguhnya setiap  kekurangan  yang diberi  ada rahsia keistimewaan yang dianugerahkan..
terselit keinsafan di hati..Maha Suci Allah...atas segala nikmat yang diberi kepada kita yang sempurna....


video

Tekunnya belajar..

Kenangan dengan kalian ( 6 Berdikari ) 2012
Tekunnya anak murid ustazah belajar....


                    Walaupun murid murid ustazah dah selesai UPSR..mulakan langkahmu ke alam baru dengan semangat padu ...ingatlah ilmu bukan sekadar untuk menduduki peperiksaan tetapi ilmu untuk panduan hidup ke arah kejayaan yang sebenar....salam sayang dari ustazah-eza..

Sunday, November 18, 2012

 
NIK MOHD NAZRULHAZMI (NAIB JOHAN TAHUN 2)
 
 
video
 
 

 
INI DIA JOHAN PERTANDINGAN AZAN SK CHERAS BARU 2012
 
JALALUDIN ALSUYUTI ( TAHUN 4  AZAM )
 
video


     SEKITAR PERTANDINGAN AZAN PERINGKAT SEKOLAH 2012



tengah tunggu giliran naik ke pentas....
dengan penuh debaran untuk melaungkan azan...hehe....
 







 
 
 
 
                                                                                             
                                                 

Wednesday, November 14, 2012

TERAWIH DI BULAN RAMADAN

Maksud Tarawih dari bahasa ialah berasal dari perkataan tarwihah yang bermaksud satu kali istirehat. Solat Tarawih pada istilah ialah solat sunat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isyak.

Hukum Solat Tarawih ialah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi orang-orang Islam lelaki dan perempuan. Oleh kerana itu keadaannya menjadi penyempurna bagi ibadat puasa yang wajib dan memang banyak pahalanya

Kelebihan yang paling besar dikurniakan Allah swt kepada orang yang mengerjakan solat Tarawih. Sabda Rasulullah s.a.w. yang ertinya: 

Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) pada malam hari di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan ikhlas, maka Allah mengampunkan segala dosanya yang telah lalu.” (Hadis riwayat Bukhari) 

video

Latihan 2 ( Hikmah berpuasa )

Latihan seterusnya....

B )  Pilih dan tulis hikmah 
       berpuasa.



  • Melahirkan rasa syukur kepada Allah
  • Melemahkan tubuh badan
  • Meningkatkan ketakwaan kepada Allah
  • Melahirkan insan yang mudah putus asa
  • Memberi kerehatan kepada sistem penghadaman
  • Melatih diri dengan sifat mahmudah


  1.   __________________________________________________________
     2.    __________________________________________________________

     3.    __________________________________________________________

    4.    ___________________________________________________________

Latihan 1 (Konsep puasa )


Assalamualaikum......

Sebelum ini banyak nota ustazah-eza beri tentang puasa. Jadi hari ini ustazah nak beri latihan pula...sambil - sambil mengadap komputer ni cuba jawab yer...kepada ibu bapa boleh test minda anak anak time cuti ni....selamat maju jaya....










A) Lengkapkan tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul :


  • melakukan           
  • matahari
  • menahan
  • wajib
  • terbit
  • syarat - syaratnya

1. Pengertian puasa adalah __________ diri daripada makan,minum dan  _________
    perkara - perkara yang membatalkan puasa.

2.Waktu berpuasa adalah bermula dari ___________fajar hingga terbenam _________________.

3. Hukum berpuasa adalah _______________kepada orang yang cukup ______________.


                                            ~  SELAMAT MENJAWAB DENGAN BETUL  ~

Salam lebaran Awal Muharam 1434 H untuk semua muslimin dan muslimat...
yang melawat blog saya....Ampun dan maaf dipinta andai ada yang terguris rasa.
Semoga perjalanan kita yang lalu dan yang akan datang sentiasa diberkati dan dirahmatiNya selalu. Amin.....

Doa Akhir Tahun
Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Dengan izin Allah, sesiapa yang membaca doa ini akan mendapat Perlindungan Allah SWT dari fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1434 (Hari Rabu malam Khamis).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

Friday, November 9, 2012

Soal jawab masalah berkaitan puasa~


Berikut adalah masalah yang berkaitan dengan puasa yang saya petik dari http://www.islam.gov.my/soal/puasa.
Harap dapat menambahkan pengetahuan kita bersama ~
Soalan 1:
Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan:Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.
Soalan 2:Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?
Jawapan:Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.
Soalan 3:Suami isteri berjimak semasa waktu azan subuh dibulan puasa dan kemudian mandi wajib bolehkah mereka berpuasa, sedang apa yang saya tahu masa waktu imsak kita dikehendaki berhenti makan dan membuat perkara membatalkan puasa juga selepas azan subuh maksudnya puasa itu bermula?
Jawapan:Apabila seseorang menyangka bahawa fajar akan terbit lambat lagi, lalu bersetubuh. Kemudian dalam bersetubuh itu fajar pun keluar atau terdengar suara azan, maka wajiblah ia menghentikan persetubuhan itu dengan segera (serta merta) tidak boleh diteruskan lagi. Jika ia meneruskannya bererti ia telah merosakkan puasanya dengan bersetubuh yang disengajakan. Demikian pulalah dengan orang yang minum dan makan pada waktu itu.
Jika persetubuhan itu diteruskan walaupun telah terdengar suara azan, maka hendaklah membayar kaffarah. Pertama memerdekakan hamba, jika tidak ada atau tidak mampu, dengan berpuasa dua bulan berturut-turut, jika tidak sanggup iaitu dengan memberi makan 60 orang miskin.
Soalan 4:Apakah hukumnya sekiranya apabila di dalam bulan ramadhan, seseorang itu tidur di malam hari dan apabila terjaga di waktu pagi (dah terbit matahari) dan dah mula berpuasa, di dapati air mani terkeluar dari kemaluannya Bolehkah dia meneruskan puasanya dan sahkah puasanya itu?
Jawapan:Jika kita bermimpi di malam bulan Ramadhan, dan baru tersedar ketika bangun pagi, maka segeralah mandi wajib, kemudian teruskanlah berpuasa. Sebab berjimak ataupun bermimpi pada malam hari bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Bahkan setengah ulama berpendapat bermimpi pada siang Ramadhan pun tidak membatalkan puasa namun ia harus segera mandi wajib.
Soalan 5:Saya telah diserang penyakit gatal-gatal di badan. Apabila ke kelinik untuk mendapatkan rawatan, doktor telah mengenakan suntikan kepada saya. Apakah puasa saya dikira batal kerana suntikan itu?
Jawapan:Sebahagian ulama mengatakan bahawa memasukkan ubat dengan suntikan ketika siang bulan Ramadhan tidak membatalkan puasa. Diantara yang menyokong pendapat ini iaitu Ibn Hazm. Namun setengah ulama yang lain membatalkannya.
Bagi kami hal ini melihat keadaan, jika suntikan itu terpaksa dilakukan maka ia termasuk dalam darurah dan tidak membatalkan puasa.
Soalan 6:Adakah puasa difardhukan ke atas umat yang dahulu. Kalau difardhukan ke atas mereka, pada bulan apakah diwajibkan berpuasa?
Jawapan:Puasa telah difardhukan ke atas umat dahulu dalam bulan Ramadhan sebagaimana difardhukan ke atas umat Nabi Muhammad s.a.w.
Soalan 7:Bagaimana hendak diketahui awal Ramadhan?
Jawapan:
Diketahui Ramadhan dengan cukup Syaaban 30 hari atau dengan nampak anak bulan Ramadhan pada malam 30 syaaban atau dengan perisytiharan pihak Kerajaan.
Soalan 8:Bilakah yang dikatakan Hari Syak?
Jawapan:
Hari Syak ialah hari 30 syaaban dengan syarat:
1. Pada malam 30 Syaaban itu cuaca terang:
2. Orang fasik mengatakan dia nampak anak bulan.
Soalan 9:Adakah harus berpuasa di Hari Syak?
Jawapan:
Mengikut pendapat yang kuat tidak harus berpuasa di hari tersebut kecuali puasa qada’ dan nazar. Bagi mereka yang sentiasa berpuasa pada hari Isnin dan Khamis maka harus baginya berpuasa.
Soalan 10:Bolehkah kita berpuasa dan berhari raya mengikut negeri Mekah dan negeri yang berdekatan, kerana mereka nampak anak bulan?
Jawapan:Tidak harus ikut berpuasa kecuali negeri-negeri itu berada dalam satu matla’
Soalan 11:Saya berpuasa di Mekah lebih awal satu hari dari mereka berpuasa di Malaysia. Apabila saya balik, puasa saya sudah cukup 30 hari dan orang Malaysia masih berpuasa lagi. Adakah boleh saya berbuka dan berhari raya?
Jawapan:Mengikut khaul yang lebih betul tidak boleh berbuka dan berhari raya, hendaklah tunggu bersama berbuka dan berhari raya dengan penduduk Malaysia.
Soalan 12:Kalau kita ke tempat yang lebih awal berpuasa mereka berhari raya kita belum cukup lagi puasa. Adakah boleh berbuka?
Jawapan:Wajib berbuka puasa dan berhari raya mengikut negeri berkenaan. Bagi mereka yang tidak cukup puasanya sebanyak 29 hari maka wajib mengqada’kannya.
Soalan 13:Bagaimana cara sembahyang dan berpuasa bagi negeri yang tidak ada siang dan malam?
Jawapan:Mereka hendaklah berpuasa dan bersembahyang mengikut negeri yang berhampiran dengannya, yang mempunyai lima waktu sembahyang ataupun mengikut waktu Mekah.
Soalan 14:Apakah hukum orang tua yang tidak boleh berpuasa kerana tua atau orang tidak terdaya berpuasa kerana sakit berpanjangan?
Jawapan:Boleh berbuka puasa dan hendaklah memberi fidyah secupak beras (675 gram); bagi setiap hari yang ditinggalkan dan tidak dikena qada’ ke atasnya.
up: Kepada rakan blog dan murid murid ustazah, sebarang permasalahan puasa yang lebih lanjut, kita kongsi bersama dengan melayari laman  http://www.islam.gov.my/soal/puasa...
      



INFO Rukun Puasa & Perkara yang membatalkan ....


~ RUKUN PUASA~


1Niat di dalam hati , niat ini diwajibkan pada tiap-tiap malam,  kerana ibadat puasa pada tiap-tiap hari dalam bulan Ramadhan adalah perbuatan yang terpisah di antara hari dengan hari yang lain .

Sebagaimana Hadis Nabi SAW :

من لم يجمع الصوم قبل الفجر فلا صيام له

Maksud : Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tiada puasa baginya .

(Diriwayatkan oleh Ahmad dan Asbus Sunan)

2) Menahan diri daripada makan dan minum atau memasukkan sesuatu pada rongga tubuh badan dengan niat serta di dalam keadaan sedar bahawa ianya sedang berpuasa bermula daripada keluar fajar sehingga tenggelam matahari 


Animasi Bergerak - Niat Puasa


~PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA~

Pertama : Memasukkan sesuatu kedalam rongga badan dengan sengaja , samaada daripada jenis makanan atau bukan makanan.
Termasuk perkara ini ialah :

1) Menghisap rokok / tembakau, candu, dadah dan sebagainya. Dan menghisap (Nusyuk) melalui hidung.

2) Suntikan makanan atau menambah vitamin.
Kedua : Memasukkan sesuatu daripada dua jalan (Qubul & Dubur).
Ketiga : Memuntahkan makanan dengan sengaja.
Keempat : Jimak (Bersetubuh)

Sebagaimana Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w, katanya: Celaka aku, wahai Rasulullah. Nabi s.a.w berkata: Apakah yang mencelakakan engkau? Jawab lelaki itu: Aku telah bersetubuh dengan isteriku pada waktu siang di bulan Ramadan. Rasulullah s.a.w berkata: Sanggupkah engkau memerdekakan hamba? Jawab lelaki itu: Tidak sanggup. Rasulullah s.a.w berkata: Hendaklah engkau berpuasa dua bulan berturut-turut?. Jawab lelaki itu: Tidak mampu. Kata Rasulullah s.a.w: Adakah engkau mempunyai makanan untuk diberikan kepada enam puluh orang miskin?. Jawab lelaki itu: Tidak. Kemudian lelaki itu duduk, sekejap lepas itu datang seseorang kepada Nabi s.a.w dengan memberi satu bakul besar berisi tamar. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sedekahkanlah kurma ini. Kata lelaki itu: Kepada siapakah?. Kepada yang lebih miskin daripada aku? Demi Allah tidak ada penduduk kampung ini yang lebih berhajat kepada makanan selain dari kami seisi rumah. Nabi s.a.w tertawa sehingga terlihat gigi taringnya dan berkata: Pulanglah, berikanlah kurma itu kepada ahli rumahmu.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Kelima : Keluar Mani dengan sengaja.
Dengan apa cara yang pada adatnya boleh membawa kepadanya. Atau dengan sengaja memandang, atau berfikir-fikir, cium, sentuh dan sebagainya.

Akan tetapi sekiranya keluar kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.
Keenam dan  Ketujuh : Keluar darah Haid dan Nifas .

كنا نحيض عند رسول الله صلى الله عليه وسلم ثم نطهر فنؤمر بقضاء الصوم ، ولا نؤمر بقضاء الصلاة
Maksudnya : Dari Aisyah r.a, katanya: Kami disuruh oleh Rasulullah s.a.w mengqada' puasa dan tidak disuruhnya untuk mengqada' sembahyang.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)
Kelapan : Gila .
Kesembilan : Murtad terkeluar daripada Islam samaada dengan perkataan atau perbuatan atau keyakinan.
وَمَنْ يَرْتَدِدْ مِنْكُمْ عَنْ دِينِهِ فَيَمُتْ وَهُوَ كَافِرٌ فَأُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ
Maksudnya : Dan sesiapa di antara kamu yang murtad (berpaling tadah) dari ugamanya (ugama Islam), lalu ia mati sedang ia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian, rosak binasalah amal usahanya (yang baik) di dunia dan di akhirat.
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 217]
Kesepuluh : Pengsan sepanjang hari ketika berpuasa .


.



Wednesday, November 7, 2012

Berbuka puasa dengan Kurma ~

Hari ni nak kongsi kenangan semasa ziarah ladang kurma di Madinah....inilah buah kurma yang segar dan fresh dari ladang..rasanya sangat manis dan lazat....ikuti info buah kurma untuk dikongsi bersama...

Buah kurma atau dalam bahasa Arabnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang. Kurma mengandung khasiat yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.




Inilah buah kurma makanan kegemaran Nabi Muhammad s.a.w.


Umat Islam sudah terbiasa berbuka dengan kurma berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang lain maksudnya: “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan“. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah karena mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 per seratus, serat 2.0 hingga 4.0 per seratus dimana kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semula. Bermakna apabila kita 

memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.
Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 13 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si memakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu. Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kurma diakui sebagai buah berkhasiat dan sebagaimana Firman  Allah s.w.t. dalam surah al-Mukminah ayat 19, “Kemudian kami tumbuhkan kerananya kebun kurma dan anggur untuk kamu. Di sana kamu peroleh buah-buahan yang banyak, dan sebahagiannya kamu makan.“


Monday, November 5, 2012

Syarat wajib Puasa ~


Syarat Wajib Puasa

1.Beragama Islam
2.Baligh (telah mencapai umur dewasa)
3.Berakal
4.Berupaya untuk mengerjakannya 
5.Sihat
6.Tidak musafir         
 INFO ~


 (*) Sihat, tidak dalam keadaan sakit.

 (*) Menetap, tidak dalam keadaan musafir. 
       Allah ta’ala berfirman (yang artinya),Dan barangsiapa yang dalam keadaan sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain.(Al Baqarah: 185).

Kedua syarat ini termasuk dalam syarat wajib menunaikan puasa dan bukan syarat sahnya puasa dan bukan syarat wajibnya qodho’ puasa. Kerana  syarat wajib menunaikan puasa di sini gugur pada orang yang sakit dan orang yang musafir. Ketika mereka tidak berpuasa , barulah mereka qodho’ berdasarkan kesepakatan para ulama. Namun jika mereka meneruskan puasa, tetap sah. 

(3) Suci dari haidh dan nifas.
      Dari Mu’adzah dia berkata, Saya bertanya kepada Aisyah seraya berkata, ‘Kenapa gerangan wanita yang haid mengqadha’ puasa dan tidak mengqadha’ shalat?’ Maka Aisyah menjawab, ‘Apakah kamu dari golongan Haruriyah? ‘ Aku menjawab, ‘Aku bukan Haruriyah, akan tetapi aku hanya bertanya.’ Dia menjawab, ‘Kami dahulu juga mengalami haid, maka kami diperintahkan untuk mengqadha’ puasa dan tidak diperintahkan untuk mengqadha’ shalat’.” (HR. Muslim).

 Berdasarkan kesepakatan para ulama pula, wanita yang dalam keadaan haidh dan nifas tidak wajib puasa dan wajib mengqodho’ (mengganti di hari lain) puasanya.


Suasana waktu menunggu berbuka puasa di Masjid Nabawi ~





Betapa besar keagunganMu....


Allah yang Maha Zuljalaliwal ikram.....subhanallah~

video

Saturday, November 3, 2012

tengok la video nie ~




HUKUM BERPUASA?


Puasa merupakan kewajipan kepada setiap orang islam berdasarkan kepada Al-Quran , Hadis, Ijmak ulamak dan Qias. Sebagaimana Firman Allah Taala yang berbunyi :
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa.
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 183]
Dan berdasarkan kepada firman Allah Taala :
فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ
Maksudnya : Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu.
[Surah Al-Baqarah, Ayat : 185]
Di dalam hadis pula disebut , Islam itu terbina di atas lima perkara dan salah satu daripadanya ialah puasa pada bulan Ramadhan . Oleh sebab itu telah bersepakat Ulamak mengatakan puasa itu hukumnya wajib keatas orang islam yang sudah akil baligh ( cukup umur) dan berkuasa . Ianya tidak diwajibkan kepada orang kafir atau orang gila atau kanak-kanak yang belum baligh, tetapi hendaklah dilatih untuk membiasakan diri mereka dengan puasa .