Monday, July 27, 2015

INI VIDEO SIFAT ALLAH
BOLEH DIGUNAKAN UNTUK AKTIVITI NASYID UNTUK KOTAK BERACUN.
ASSALAMUALAIKUM

Bagi murid Tahun 5, ustazah akan memaparkan bacaan Yasiin untuk dipelajari bacaan dan hukum tajwid yang terdapat di dalam surah ya siin ini.

SELAMAT BELAJAR....




Tuesday, July 21, 2015

Ketaatan kepada pemimipin di sini adalah merujuk kepada:

1 - Mentaati mereka dalam urusan kebaikan (ma’ruf), termasuk merealisasikan perintah mereka yang ma’ruf dan membantu mereka dalam urusan kebaikan yang diperlukan,



2 - Menghormati dan Memuliakan kedudukan mereka sebagai pemimpin serta sentiasa mendoakan kebaikan untuk mereka,



3 - Melaksanakan kebaikan bersama mereka,



4 - Membenci maksiat yang mereka lakukan dan mengingkari keburukan yang mereka lakukan dengan cara nasihat dan kaedah-kaedah yang syar’i,



5 - Serta tidak berusaha untuk menjatuhkan, membelot, menzahirkan sifat kepembangkangan terhadap kepimpinan, dan tidak menghina atau mencela mereka walaupun mereka bertindak buruk dan zalim.
Assalamualaikum...

Selamat hari Raya
Maaf zahir dan batin.

Hari ni dah start sekolah lepas Raya.
Tajuk minggu ni bagi Tahun 5 tentang Hadis.


Hadis berkenaan : Mentaati pemimpin

Objektif :  Dapat Menjelaskan cara mentaati pemimpin
                   Dapat menghuraikan implikasi jika tidak mentaati pemimpin